PLANTATION

PEKEBUN KECIL (SH)

PEKEBUN KECIL (SH)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

a. Menjual buah kelapa sawit dari kebun sendiri/ pajak/sewa.
b. Keluasan ladang kurang dari 100 ekar atau 40.46 hektar.

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

Menjual dan Mengalih Buah Kelapa Sawit (FFB).

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah.
i. Kad Pengenalan (Perseorangan)
ii. Perkongsian/ Syarikat Sdn Bhd/ Koperasi
b. Pemilikan Premis
i. Pemilikan sah ke atas tanah/ premis.
Bukti melalui:
• Sendiri - Salinan Geran
• Pajak/ Sewa/ Sendiri - bukti surat perjanjian dan pajak
ii.Di atas tanah yang belum disukat, tidak berhakmilik atau tanah NCR perlu dapatkan surat kebenaran daripada
Pihak Berkuasa Negeri/ Jabatan Tanah dan Survey Sarawak atau kelulusan pihak yang dibenarkan oleh
Kerajaan Negeri Sarawak/ Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

4. FI LESEN

PERCUMA

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) Akta
582, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005. Antaranya;
a. Mematuhi syarat lesen mengikut kategori yang dilesenkan.
b. Memohon pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan.
c. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
d. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582],
perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari semasa
ke semasa.

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG

Aktiviti berlesen :
MENJUAL DAN MENGALIH BUAH KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual buah kelapa sawit kepada sesiapa kecuali kepada orang
yang mempunyai lesen untuk membeli buah kelapa sawit.
2. Pemegang lesen hanya dibenarkan untuk menjual dan mengalihkan buah kelapa sawit daripada kebun kecil
yang telah dilesenkan kepadanya sahaja.

8. BAGAIMANA MEMOHON LESEN PEKEBUN KECIL

Permohonan Lesen Pekebun Kecil (SH) boleh melalui laman web http://e-lesenpk.mpob.gov.my.
ESTET (ET)

ESTET (ET)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

a. Menjual buah kelapa sawit dari ladang sendiri/ ladang pajak / ladang sewa.
b. Keluasan ladang lebih dari 100 ekar atau 40.46 hektar.

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

Menjual dan Mengalih Buah Kelapa Sawit (FFB).

3. KRITERIA PERMOHOAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
i. Kad Pengenalan (Perseorangan)
ii. Perkongsian/ Syarikat Sdn Bhd/ Koperasi
b. Pemilikan Premis
i. Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
Bukti melalui:
• Sendiri - Salinan Geran
• Pajak/ Sewa/ Sendiri - bukti surat perjanjian dan pajak
ii. Di atas tanah yang belum disukat, tidak berhakmilik atau tanah NCR perlu dapatkan surat kebenaran
daripada Pihak Berkuasa Negeri / Jabatan Tanah dan Survey Sarawak atau kelulusan pihak yang
dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak / Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
c. Laporan Environmental Impact Assessment (EIA)
Mengemukakan Laporan EIA jika keluasan tanaman sawit baru melebihi 500 hektar.

4. FI LESEN - SETAHUN

Menjual dan Mengalih FFB - RM 100

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) Akta
582, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005. Antaranya;
c. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
d. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
f. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
g. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582],
perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya, menyenggarakan
dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya mengemukakan
penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka adalah lengkap, benar
dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga tidak
lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya, mengemukakan
maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah lengkap, benar
dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana yang ditentukan
oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari semasa
ke semasa.

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen :
MENJUAL DAN MENGALIH BUAH KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual buah kelapa sawit kepada sesiapa kecuali kepada orang
yang mempunyai lesen untuk membeli buah kelapa sawit.
2. Pemegang lesen hanya dibenarkan untuk menjual dan mengalihkan buah kelapa sawit dari estet yang
dinyatakan dalam lesennya sahaja.
3. Pemegang lesen hendaklah membuat suatu pengisytiharan mengenai konsainan buah kelapa sawit melalui
laut di dalam Malaysia dalam borang MPOB Q2 yang sepanjang pengetahuan mereka adalah lengkap,
benar, dan tepat kepada Lembaga tidak kurang daripada dua hari sebelum tarikh permulaan muatan buah
kelapa sawit itu.

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti
yang dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

KATEGORI : ESTET (ET)

1. MPOB(EL)ET3-2(FFB) - Penjualan / Penghantaran Buah Kelapa Sawit

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Estet (ET) perlu menghantar penyata bulanan melalui laman web http://e-sub.mpob.com.my
dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)ET 4.

10. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
TAPAK SEMAIAN (NN)

TAPAK SEMAIAN (NN)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

Menghasil anak benih kelapa sawit daripada biji benih kelapa sawit (SLGBIJI) atau daripada tumbuhan daripada
tisu kelapa sawit (SLGTISU) untuk dijadikan bahan tanaman di tapak semaian yang disediakan khas dan lengkap
dengan peralatan yang sesuai.

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

a. Menghasilkan SLGBIJI, SLGTISU.
b. Menjual dan mengalih SLGBIJI, SLGTISU.
c. Menyimpan SLGBIJI, SLGTISU.

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 25,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi - Pemilikan Syer.
c. Pemilikan Premis
i. Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
Bukti melalui:
Surat hakmilik tanah, pajakan, sewaan, perjanjian jual beli, kebenaran menduduki daripada pemilik atau
dokumen-dokumen lain berkaitan.
ii. Di atas tanah yang belum disukat, tidak berhakmilik atau tanah NCR perlu dapatkan surat kebenaran
daripada Pihak Berkuasa Negeri / Jabatan Tanah dan Survey Sarawak atau kelulusan pihak yang
dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak / Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
d. Kesesuaian Premis
i. Keluasan minimum tapak semaian seluas 1 hektar atau jumlah keluasan agregate 1 hektar dalam mukim
yang sama.
ii. Premis yang sesuai seperti kecerunan, sumber air, tidak mudah banjir atau air bertakung, tiada
lindungan pokok besar.
e. Lulus Ujian Tapak Semaian
Mempunyai pengarah / pegawai dan kakitangan yang telah hadir kursus dan lulus ujian Penyelenggaraan
Nurseri Sawit anjuran MPOB yang berkhidmat dengan pemohon.

4. FI LESEN - SETAHUN

a. Menghasilkan SLGBIJI, SLGTISU - RM 200
b. Menjual dan mengalih SLGBIJI, SLGTISU - RM 200
c. Menyimpan SLGBIJI, SLGTISU - RM 200

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) Akta
582, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005. Antaranya;
c. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
d. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
f. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
g. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.
h. Membuat pengistiharaan Borang MPOB Q1, Q2 atau Q3 secara online www.eqcmpob.com.my2 hari sebelum
tarikh pemuatan atau pemunggahan keluaran kelapa sawit.

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya, menyenggarakan
dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh pihak
Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari semasa
ke semasa.

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen :
(I) MENGHASILKAN ANAK BENIH KELAPA SAWIT
(II) MENJUAL DAN MENGALIH ANAK BENIH KELAPA SAWIT
(III) MENYIMPAN BIJI BENIH KELAPA SAWIT
(IV) MENYIMPAN TUMBUH-TUMBUHAN DARIPADA TISU KELAPA SAWIT
(V) MENYIMPAN ANAK BENIH KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen adalah dikehendaki mengemukakan dokumen yang memperakui ketulenan biji benih
kelapa sawit atau tumbuh-tumbuhan daripada tisu kelapa sawit yang diperoleh daripada tiap-tiap pembelian.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan membeli biji benih kelapa sawit atau anak benih kelapa sawit atau tumbuh-
tumbuhan daripada tisu kelapa sawit daripada sesiapa kecuali daripada orang yang mempunyai lesen untuk
menjual biji benih kelapa sawit atau anak benih kelapa sawit atau tumbuh-tumbuhan daripada tisu
kelapa sawit.
3. Pemegang lesen tidak boleh menjual anak benih kelapa sawit yang umurnya kurang daripada 10 bulan.
4. Pemegang lesen hendaklah mematuhi sekurang-kurangnya garis panduan minima yang diperuntukkan
dalam Garis Panduan Pengeluaran Dan Penyenggaraan Secara Komersial Anak Benih Kelapa Sawit
Daripada Biji Benih Bercambah atau apa-apa garis panduan lain yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen adalah dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya seorang pegawai yang berkelayakan
yang ditentukan oleh Lembaga bekerja dengannya.
6. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa semua penjualan anak benih kelapa sawit, disertakan
dengan Borang Akuan Jualan dan Penerimaan Bahan Tanaman Kelapa Sawit yang diisi dengan butir-butir
yang benar dan lengkap.
7. Pemegang lesen hendaklah membuat suatu pengisytiharan mengenai konsainan anak benih kelapa sawit
melalui laut di dalam Malaysia dalam Borang MPOB Q2 yang sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga tidak kurang daripada dua hari sebelum tarikh permulaan muatan
anak benih kelapa sawit itu

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti yang
dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

KATEGORI : TAPAK SEMAIAN (NN)

1. MPOB(EL)NN3-1(SLG) - Pengeluaran Dan Stok Bahan Penanaman Kelapa Sawit
2. MPOB(EL)NN3-2(SLG) - Jualan / Penghantaran Bahan Penanaman Kelapa Sawit

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Tapak Semaian (NN) perlu menghantar penyata bulanan melalui laman web
http://e-peniaga.mpob.gov.mydengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)NN 4.

10. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
PENGELUAR TUMBUH-TUMBUHAN DARIPADA TISU KELAPA SAWIT (NT)

PENGELUAR TUMBUH-TUMBUHAN DARIPADA TISU KELAPA SAWIT (NT)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

Menghasilkan anak benih sawit daripada tisu kelapa sawit (PFOPT) untuk dijadikan bahan tanaman dari pusat yang
disediakan khas dan lengkap dengan peralatan yang sesuai.

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

a. Menghasilkan PFOPT.
b. Menjual Dan mengalih PFOPT.
c. Menyimpan PFOPT.

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 500,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi - Pemilikan Syer.
c. Pemilikan Premis
i. Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
Bukti melalui:
Surat hakmilik premis, pajakan, sewaan, perjanjian jual beli, kebenaran menduduki daripada pemilik atau
dokumen-dokumen lain berkaitan.
ii. Di atas tanah yang belum disukat, tidak berhakmilik atau tanah NCR perlu dapatkan surat kebenaran
daripada Pihak Berkuasa Negeri / Jabatan Tanah dan Survey Sarawak atau kelulusan pihak yang
dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak / Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
d. Kelulusan Agensi Lain
Sijil Pengiktirafan SIRIM QAS (MS 157:2005)

4. FI LESEN - SETAHUN

a. Menghasilkan PFOPT - RM 100
b. Menjual dan mengalih PFOPT - RM 100
c. Menyimpan PFOPT - RM 100

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) Akta
582, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005. Antaranya;

c. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
d. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
f. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
g. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.
h. Membuat pengistiharaan Borang MPOB Q1, Q2 atau Q3 secara online www.eqcmpob.com.my2 hari sebelum
tarikh pemuatan atau pemunggahan keluaran kelapa sawit.

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:

1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah
Akta atau Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh
pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen:
(I) MENGHASILKAN TUMBUH-TUMBUHAN DARIPADA TISU KELAPA SAWIT
(II) MENJUAL DAN MENGALIH TUMBUH-TUMBUHAN DARIPADA TISU KELAPA SAWIT
(III) MENYIMPAN TUMBUH- TUMBUHAN DARIPADA TISU KELAPA SAWIT

Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod-rekod pengeluaran tumbuh-tumbuhan daripada tisu kelapa
sawit.
2. Pemegang lesen hanya dibenarkan menjual dan mengalihkan tumbuh-tumbuhan daripada tisu kelapa sawit
daripada pengeluarannya sendiri.
3. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa tumbuh-tumbuhan daripada tisu kelapa sawit yang
dikeluarkan itu mematuhi apa-apa standard yang ditentukan oleh Lembaga dan mendapat pengesahan dan
perakuan daripada agensi yang ditentukan oleh Lembaga mengenai pematuhan itu.
4. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa semua penjualan tumbuh-tumbuhan daripada tisu kelapa
sawit disertai dengan Borang Akuan Jualan dan Penerimaan Bahan Tanaman Kelapa Sawit yang diisi dengan
butir-butir yang benar dan lengkap.
5. Pemegang lesen adalah dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya seorang pegawai yang berkelayakan
yang ditentukan oleh Lembaga bekerja dengannya.

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti
yang dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

KATEGORI : PENGHASIL TUMBUH-TUMBUHAN DARIPADA TISU KELAPA SAWIT (NT)

- Pengeluaran Dan Stok Bahan Penanaman Kelapa Sawit

2. MPOB(EL)NT3-2(PFOPT) - Jualan / Penghantaran Bahan Penanaman Kelapa Sawit

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Penghasil Tumbuh-Tumbuhan Daripada Tisu Kelapa Sawit (NT) perlu menghantar penyata
bulanan melalui laman web http://e-peniaga.mpob.gov.mydengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)NT 4.

10. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
PENGHASIL BIJI BENIH KELAPA SAWIT (NS)

PENGHASIL BIJI BENIH KELAPA SAWIT (NS)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

Menghasil biji benih bercambah dari pusat yang disediakan khas dan lengkap dengan peralatan yang sesuai.

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

a. Menghasilkan SDS.
b. Menjual Dan Mengalih SDS.
c. Menyimpan SDS

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 500,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi – Pemilikan syer
c. Pemilikan Premis
i. Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
Bukti melalui:
Surat hakmilik premis, pajakan, sewaan, perjanjian jual beli, kebenaran menduduki daripada pemilik atau
dokumen-dokumen lain berkaitan.
ii. Di atas tanah yang belum disukat, tidak berhakmilik atau tanah NCR perlu dapatkan surat kebenaran
daripada Pihak Berkuasa Negeri / Jabatan Tanah dan Survey Sarawak atau kelulusan pihak yang
dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak / Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
d. Kelulusan Agensi Lain
Sijil Pengiktirafan SIRIM QAS (MS 157:2005)

4. FI LESEN - SETAHUN

a. Menghasilkan SDS - RM 100
b. Menjual dan mengalih SDS - RM 100
c. Menyimpan SDS - RM 100

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) Akta
582, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005. Antaranya;

c. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
d. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
f. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
g. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.
h. Membuat pengistiharaan Borang MPOB Q1, Q2 atau Q3 secara online www.eqcmpob.com.my2 hari sebelum
tarikh pemuatan atau pemunggahan keluaran kelapa sawit.

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:

1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582],
perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya, menyenggarakan
dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya mengemukakan
penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka adalah lengkap, benar
dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat
dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya, mengemukakan
maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah lengkap, benar dan
tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana yang ditentukan
oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari semasa
ke semasa.

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen :
(I) MENGHASILKAN BIJI BENIH KELAPA SAWIT
(II) MENJUAL DAN MENGALIH BIJI BENIH KELAPA SAWIT
(III) MENYIMPAN BIJI BENIH KELAPA SAWIT

Syarat-syarat :
i. Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod-rekod pengeluaran biji benih kelapa sawit daripada
pokok-pokok induk.
ii. Pemegang lesen hanya dibenarkan menjual dan mengalihkan biji benih kelapa sawit daripada
pengeluarannya sendiri sahaja.
iii. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa biji benih kelapa sawit yang keluarkan itu mematuhi
Malaysian Standard MS 157 terkini atau mana-mana standard yang ditentukan oleh Lembaga dan
mendapat pengesahan dan perakuan daripada mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga
mengenai pematuhan itu.
iv. Pemegang lesen adalah dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya seorang pegawai yang berkelayakan
yang ditentukan oleh Lembaga bekerja dengannya.
v. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa semua penjualan biji benih kelapa sawit disertai dengan
Borang Akuan Jualan dan Penerimaan Bahan Tanaman Kelapa Sawit yang diisi dengan butir-butir yang
benar dan lengkap.
vi. Pemegang lesen hendaklah membuat suatu pengisytiharan mengenai konsainan biji benih kelapa sawit
melalui laut di dalam Malaysia dalam Borang MPOB Q2 yang sepanjang pengetahuan mereka adalah lengkap,
benar dan tepat kepada Lembaga tidak kurang daripada dua hari sebelum tarikh permulaan muatan biji benih
kelapa sawit itu.

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti
yang dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

KATEGORI : PENGHASIL BIJI BENIH KELAPA SAWIT (NS)

1. MPOB(EL)NS3-1(SDS) - Pengeluaran Dan Stok Bahan Penanaman Kelapa Sawit
2. MPOB(EL)NS3-2(SDS) - Jualan / Penghantaran Bahan Penanaman Kelapa Sawit

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Penghasil Biji Benih Kelapa Sawit (NS) perlu menghantar penyata bulanan melalui laman
web http://e-peniaga.mpob.gov.mydengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)NS 4.