MANUFACTURING

MEMULAKAN PEMBINAAN KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MB)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

Memulakan Pembinaan Kilang Buah Kelapa Sawit.

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

KRITERIA KHUSUS

1. Entiti Perniagaan Yang Sah.

2. Modal: RM 5,000,000.00

Bukti modal:

i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/Enterprise/Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi - Pemilikan Syer.

3. Pemilikan Premis.

Pemilikan sah ke atas tanah / premis.

i. Pemilikan kekal (free hold); atau
ii. Pegangan Pajakan Negeri (State Lease hold)

Bukti Pemilikan:
Surat hakmilik tanah atau perjanjian jual beli. (Nota: Tanah tapak kilang didaftar atas nama pemohon).

4. Prasarana (Kesesuaian Premis).

a. Kelulusan Agensi Lain:

i. Jabatan Alam Sekitar – Kelulusan Bertulis (KB).
ii. Kelulusan Kerajaan Negeri (UPEN – Unit Perancang Ekonomi Negeri)/ Kementerian
Jabatan-Jabatan/ Agensi-Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang berkaitan.

b. Sumber Bekalan FFB

i. Permohonan lesen bagi aktiviti membina kilang buah kelapa sawit perlu mengemukakan
bukti keluasan ladang sekurang-kurangnya 4,000 hektar yang telah ditanam dengan kelapa
sawit dan akan berhasil apabila kilang dijangka beroperasi.

ii. Keluasan ladang bagi perkara (i) di atas boleh terdiri daripada:

a) ladang sendiri/ kumpulan/ subsidiari/ sekutu; dan/atau

b) Ladang atau kebun luar dengan mengemukakan surat perjanjian jangka panjang
(melebihi 3 tahun) bekalan buah kelapa sawit dan tidak terikat / bertindih dengan
perjanjian bekalan untuk membekal buah kelapa sawit kepada mana-mana pembinaan
kilang buah kelapa sawit (MB) yang lain.

c) Sumber bekalan buah kelapa sawit bagi perkara (a) dan (b) hendaklah berada dalam
jarak 200 km.

5. Kajian Fesibiliti.

Pemohon perlu menyediakan 'feasibility study' berkaitan sumber bekalan FFB, kajian pasaran, keperluan daya pemprosesan, teknologi yang akan digunapakai, pelan pengurusan biomass (methane trapping).

6. Pengurusan Gas Metana dan Biogas.

Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, satu (1) syarat baru permohonan lesen telah dikenakan di mana kilang-kilang baru mesti mempunyai kemudahan alat pemerangkapan atau pengelakkan pelepasan gas metana.

7. Tempoh Siap MB:

i. Syarikat yang telah diluluskan lesen MB hendaklah menyiapkan pembinaan kilang dalam
tempoh tiga (3) tahun dari tarikh surat kelulusan.

ii. Kegagalan untuk menyiapkan pembinaan kilang membolehkan Lembaga, tanpa terikat
dengan mana-mana undang-undang membatalkan lesen tersebut.

iii. Sekiranya kerja-kerja pembinaan kilang telah melepasi peringkat kerja-kerja penyediaan
tapak berdasarkan Borang MPOB (EL) MB4, pemegang lesen boleh mengemukakan
pelanjutan tempoh sehingga maksimum 12 bulan.

iv. Permohonan pelanjutan tempoh pembinaan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga
dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh tamat tempoh yang dilesenkan.

v. Pelanjutan tempoh kali kedua adalah tidak dibenarkan.

(Tarikh Kuatkuasa: 1 Jun 2017)

(Nota: Surat perjanjian (jangka panjang) bekalan buah kelapa sawit hendaklah berstem dan ditandatangani oleh pemilik ladang, CEO atau pengarah syarikat yang berkepentingan, dan dikemukakan satu salinan ASAL kepada MPOB).

4. FI LESEN – SETAHUN

Memulakan Pembinaan Kilang Buah Kelapa Sawit - RM500

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582, Peraturan-Peraturan Lembaga
Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
g. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya mengemukakan
penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka adalah lengkap, benar
dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat
dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya, mengemukakan
maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah lengkap, benar dan
tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana yang ditentukan
oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen:
MEMULAKAN PEMBINAAN KILANG BUAH KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa tempoh memulakan pembinaan kilang buah kelapa sawit
ialah dalam jangka waktu tiga tahun dari tarikh lesen ini dikeluarkan atau dalam tempoh yang ditentukan oleh
Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa pembinaan kilang buah kelapa sawit mematuhi jadual dan
pelan pembinaan yang diluluskan oleh Lembaga.
3. Pemegang lesen hendaklah memohon bagi aktiviti-aktiviti yang diperlukan berkaitan dengan operasi
pengilangan buah kelapa sawit secara bertulis enam bulan sebelum pengendalian pengilangan buah kelapa
sawit dimulakan.
4. Pemegang lesen hendaklah memastikan setiap tangki yang akan dibina berhubungan dengan kilang buah
kelapa sawit ditentukurkan dan diperakui oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang dibuat daripada kuprum atau plumbum
atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua bekas simpanan yang akan dibina termasuklah tangki,
pam, saluran paip dan injap.

8. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Memulakan Pembinaan Kilang Buah Kelapa Sawit (MB) perlu menghantar penyata
bulanan kepada Unit Pelesenan Wisma Sawit Kelana Jaya melalui email elesen@mpob.gov.my dengan
melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)MB 4.

9. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MB-MF)

KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MB-MF)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

a. Mengilang buah kelapa sawit yang diterima dari ladang sendiri, ladang luar, kebun kecil atau peniaga buah.
b. Menghasilkan minyak kelapa sawit (CPO) dan isirung kelapa sawit (PK).
c. Turut terhasil adalah minyak keladak (SPO).

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

a. Menjual dan mengalih CPO, PK, SPO, (FFB jika perlu).
b. Membeli dan mengalih FFB, (CPO, PK jika perlu).
c. Menyimpan CPO, PK, SPO.
d. Mengilang FFB.
e. Mengeksport (PK, CPO, SPO jika perlu).

3. KRITERIA KHUSUS

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 5,000,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi - Pemilikan Syer.
c. Pemilikan Premis
Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
i. Pemilikan kekal (free hold); atau
ii. Pegangan Pajakan Negeri (State Lease hold)
Bukti Pemilikan:
Surat hakmilik tanah/ tapak kilang atas nama pemohon.
d. Prasarana (Kesesuaian Premis)
1. Kelulusan Agensi Lain
i. Jabatan Alam Sekitar - Kelulusan Menduduki
ii. Kelulusan Kerajaan Negeri (UPEN) / Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan Sabah /
Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak; atau mana-mana Jabatan yang mewakili kerajaan negeri.
2. Sumber Bekalan FFB
Keluasan ladang sendiri / kumpulan / subsidiari / sekutu sekurang-kurangnya seluas 4,000 hektar telah
ditanam dengan kelapa sawit dan akan berhasil apabila kilang dijangka beroperasi.
e. Pengurusan Gas Metana dan Biogas
Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, satu (1) syarat baru permohonan lesen telah dikenakan di mana kilang-
kilang baru mesti mempunyai kemudahan alat pemerangkapan atau pengelakkanpelepasan gas metana.

4. FI LESEN - SETAHUN

a. Menjual dan mengalih CPO, PK, SPO – RM300
b. Membeli dan mengalih FFB, CPO, PK – RM300
c. Menyimpan CPO, PK, SPO – RM300
d. Mengilang FFB – RM500
e. Mengeksport PK, CPO, SPO – RM300

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 ini iaitu:
i. Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Ses) 2000.
ii. Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Ses) 2001.
iii. Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
iv. Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Mutu) 2005.
v. Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pendaftaran Kontrak) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
g. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
h. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.
i. Menyempurnakan Borang MPOB L3 secara online di http://sps.mpob.gov.my.
j. Membuat pengistiharaan Borang MPOB Q1, Q2 atau Q3 secara online www.eqcmpob.com.my 2 hari sebelum
tarikh pemuatan atau pemunggahan keluaran kelapa sawit.

7. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh
pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

8. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen:
(I) MENGILANG BUAH KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan mengilang buah kelapa sawit melebihi daya pemprosesan yang
dinyatakan dalam lesen.
2. Pemegang lesen hendaklah mempunyai makmal dan kelengkapan serta kakitangan yang terlatih untuk
menguji parameter asas mutu minyak sawit yang ditentukan oleh Lembaga.
3. Pemegang lesen hendaklah mengira peratus Kadar Perahan Minyak Sawit (OER) dengan menggunakan
kaedah yang ditentukan oleh Lembaga.
4. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa premis kilang bebas daripada binatang.
5. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang dibuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua kemudahan pengilangan.
6. Pemegang lesen hendaklah mencapai purata tahunan kadar perahan minyak sawit ( OER ) tidak kurang
daripada 18%. Pemegang lesen yang gagal mencapai OER 18% bagi sesuatu tahun dikehendaki melantik
seorang pegawai pengembangan kualiti bagi menjaga mutu buah sawit yang diterima di kilang
Aktiviti berlesen:
(II) MEMBELI DAN MENGALIH BUAH KELAPA SAWIT
(III) MENJUAL DAN MENGALIH BUAH KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membeli buah kelapa sawit daripada sesiapa kecuali daripada
orang yang mempunyai lesen untuk menjual buah kelapa sawit.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual buah kelapa sawit kepada sesiapa kecuali kepada orang
yang mempunyai lesen untuk membeli buah kelapa sawit.
3. Pemegang lesen hendaklah mengeluarkan suatu penyata pembelian atau penyata penerimaan yang
mengandungi maklumat mengenai nama pembeli, nama pembekal, tarikh, berat dan nombor siri penyata
kepada pembekal bagi setiap pembelian atau penerimaan buah kelapa sawit.
4. Pemegang lesen tidak dibenarkan menambah atau menyebabkan ditambah bahan-bahan asing seperti air,
batu, pasir, tanah, kayu dan benda-benda asing yang lain kepada buah kelapa sawit. Pemegang lesen tidak
dibenarkan menyiram air kepada buah kepala sawit.
5. Pemegang lesen yang membeli atau menerima bekalan buah kelapa sawit dilarang daripada membeli atau
menerima buah kelapa sawit muda. Definisi buah kelapa sawit muda adalah seperti yang dinyatakan dalam
Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB (Edisi Ketiga (2015). (Pk (EL) MPOB 03/2016 bertarikh 15
Julai 2016).
6. Pemegang lesen hendaklah melakukan penggredan ke atas buah kelapa sawit yang diterima atau dibeli
berdasarkan kepada Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB atau apa-apa dokumen yang ditentukan
oleh MPOB atau mana-mana sistem penggredan yang ditentukan oleh Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mengeluarkan baucer bayaran yang mengandungi maklumat-maklumat
mengenai tarikh bayaran, nama penerima, kuantiti, harga dan amaun bayaran bagi setiap pembelian buah
kelapa sawit.
8. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa penggredan buah kelapa sawit dilakukan oleh pengred
yang terlatih dan diiktirafkan oleh Lembaga.
9. Pemegang lesen hendaklah meletakkan permukaan bacaan timbang dengan cara yang mudah dilihat oleh
pembekal atau wakilnya.
10. Pemegang lesen hendaklah mempamerkan harga belian harian buah kelapa sawit di tempat yang mudah
dilihat oleh pembekal atau wakilnya.
11. Pemegang lesen dikehendaki mengguna dan mematuhi Garis Panduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa
Sawit MPOB ( Edisi 2004 ).
Aktiviti berlesen :
(IV) MENJUAL DAN MENGALIH MINYAK SAWIT
(V) MEMBELI DAN MENGALIH MINYAK SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membeli minyak sawit daripada sesiapa kecuali daripada orang
yang mempunyai lesen untuk menjual minyak sawit.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual minyak sawit kepada sesiapa kecuali kepada orang yang
mempunyai lesen untuk membeli minyak sawit.
Aktiviti berlesen :
(VI) MENJUAL DAN MENGALIH ISIRONG SAWIT
(VII) MEMBELI DAN MENGALIH ISIRONG SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membeli isirong sawit daripada sesiapa kecuali daripada orang yang
mempunyai lesen untuk menjual isirong sawit.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual isirong sawit kepada sesiapa kecuali kepada orang yang
mempunyai lesen untuk membeli isirong sawit.
Aktiviti berlesen :
(VIII) MENYIMPAN MINYAK SAWIT
(IX) MENYIMPAN ISIRONG SAWIT
(X) MENYIMPAN ASID LEMAK SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa setiap tangki yang disimpan dengan minyak sawit
ditentukur dan disahkan oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua kemudahan penyimpanan atau bekas
simpanan termasuklah tangki, pam, saluran paip dan injap.
3. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa premis kilang dan termasuklah peralatan serta jentera
hendaklah bersih daripada tumpahan minyak sawit, asid lemak sawit atau sisa–sisa pemprosesan serta
kekotoran lain dan bebas daripada binatang.
4. Pemegang lesen hendaklah menggunakan jadual ketumpatan minyak sawit, asid lemak sawit atau oleokimia
sawit yang dikeluarkan oleh MPOB.
5. Pemegang lesen hendaklah menggunakan termometer yang bukan daripada jenis raksa yang telah
ditentukur dan disahkan oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan termometer itu
hendaklah mempunyai sangkar dan sangkar itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau plumbum
atau aloi logam kuprum dan plumbum.
6. Pemegang lesen hendaklah menggunakan pita ukur yang telah ditentukur dan disahkan oleh mana-mana
agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan pita ukur itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum.

9. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti yang
dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

KATEGORI : KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MF)

1. MPOB(EL)MF3-2(FFB) - Penjualan/ Penghantaran Buah Kelapa Sawit
2. MPOB(EL)MF3-2(PK) - Penjualan Isirong Sawit
3. MPOB(EL)MF3-2(PO) - Penjualan/ Penghantaran Minyak Sawit Keladak
4. MPOB(EL)MF3-3(FFB) - Pembelian/ Penerimaan Buah Kelapa Sawit
5. MPOB(EL)MF3-3(PK) - Pembelian/ Penerimaan Isirong Sawit
6. MPOB(EL)MF3-3(PO) - Pembelian/ Penerimaan Minyak Sawit
7. MPOB(EL)MF3-4(PK) - Penyimpanan Isirong Sawit
8. MPOB(EL)MF3-4(PO) - Penyimpanan Minyak Sawit
9. MPOB(EL)MF3-6(FFB) - Pengilangan Buah Kelapa Sawit

10. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Peniaga Buah Kelapa Sawit (DF) perlu menghantar penyata bulanan melalui laman web
http://www.e-kilangmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)MF 4 dan melalui laman web
www.eqcmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)MF 4A.

11. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MF- AMBILALIH)

KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MF- AMBILALIH)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

Kilang kelapa sawit (MF) - ambil alih

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

a. Menjual dan mengalih FFB, CPO, PK, SPO.
b. Membeli dan mengalih FFB, CPO, PK.
c. Menyimpan CPO, PK, SPO.
d. Mengeksport CPO, PK, SPO.
e. Mengilang FFB.

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 5,000,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/Enterprise/Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi - Pemilikan Syer.
c. Pemilikan Premis :
Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
i. Pemilikan kekal (free hold); atau
ii. Pegangan Pajakan Negeri (State Lease hold)
Bukti Pemilikan:
Surat hakmilik tanah/ tapak kilang atas nama pemohon.
d. Prasarana (Kesesuaian Premis) :
1. Kelulusan Agensi Lain
i. Jabatan Alam Sekitar - Kelulusan Menduduki
ii. Kelulusan Kerajaan Negeri (UPEN) / Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan Sabah /
Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak; atau mana-mana Jabatan yang mewakili kerajaan negeri.
2. Sumber Bekalan FFB
Keluasan ladang sendiri / kumpulan / subsidiari / sekutu sekurang-kurangnya seluas 4,000 hektar telah
ditanam dengan kelapa sawit dan akan berhasil apabila kilang dijangka beroperasi.
e. Pengurusan Gas Metana dan Biogas
Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, satu (1) syarat baru permohonan lesen telah dikenakan di mana kilang-
kilang baru mesti mempunyai kemudahan alat pemerangkapan atau pengelakkanpelepasan gas metana.

4. FI LESEN

a. Menjual dan mengalih FFB, CPO, PK, SPO. – RM400 setahun
b. Membeli dan mengalih FFB, CPO, PK. – RM300 setahun
c. Menyimpan CPO, PK, SPO. – RM300 setahun
d. Mengeksport CPO, PK, SPO. – RM300 setahun
e. Mengilang FFB – RM500 setahun

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELESEN

a. Mematuhi Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).
b. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 ini iaitu:
i. Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Ses) 2000.
ii. Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Ses) 2001.
iii. Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
iv. Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Mutu) 2005.
v. Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pendaftaran Kontrak) 2005.
e. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
f. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
h. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
i. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.
j. Menyempurnakan Borang MPOB L3 secara online di http://sps.mpob.gov.my.
k. Membuat pengistiharaan Borang MPOB Q1, Q2 atau Q3 secara online www.eqcmpob.com.my 2 hari sebelum
tarikh pemuatan atau pemunggahan keluaran kelapa sawit.

7. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh
pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

8. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen:
(I) MENGILANG BUAH KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan mengilang buah kelapa sawit melebihi daya pemprosesan yang
dinyatakan dalam lesen.
2. Pemegang lesen hendaklah mempunyai makmal dan kelengkapan serta kakitangan yang terlatih untuk
menguji parameter asas mutu minyak sawit yang ditentukan oleh Lembaga.
3. Pemegang lesen hendaklah mengira peratus Kadar Perahan Minyak Sawit (OER) dengan menggunakan
kaedah yang ditentukan oleh Lembaga.
4. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa premis kilang bebas daripada binatang.
5. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang dibuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua kemudahan pengilangan.
6. Pemegang lesen hendaklah mencapai purata tahunan kadar perahan minyak sawit ( OER ) tidak kurang
daripada 18%. Pemegang lesen yang gagal mencapai OER 18% bagi sesuatu tahun dikehendaki melantik
seorang pegawai pengembangan kualiti bagi menjaga mutu buah sawit yang diterima di kilang
Aktiviti berlesen:
(II) MEMBELI DAN MENGALIH BUAH KELAPA SAWIT
(III) MENJUAL DAN MENGALIH BUAH KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membeli buah kelapa sawit daripada sesiapa kecuali daripada
orang yang mempunyai lesen untuk menjual buah kelapa sawit.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual buah kelapa sawit kepada sesiapa kecuali kepada orang
yang mempunyai lesen untuk membeli buah kelapa sawit.
3. Pemegang lesen hendaklah mengeluarkan suatu penyata pembelian atau penyata penerimaan yang
mengandungi maklumat mengenai nama pembeli, nama pembekal, tarikh, berat dan nombor siri penyata
kepada pembekal bagi setiap pembelian atau penerimaan buah kelapa sawit.
4. Pemegang lesen tidak dibenarkan menambah atau menyebabkan ditambah bahan-bahan asing seperti air,
batu, pasir, tanah, kayu dan benda-benda asing yang lain kepada buah kelapa sawit. Pemegang lesen tidak
dibenarkan menyiram air kepada buah kepala sawit.
5. Pemegang lesen yang membeli atau menerima bekalan buah kelapa sawit dilarang daripada membeli atau
menerima buah kelapa sawit muda. Definisi buah kelapa sawit muda adalah seperti yang dinyatakan dalam
Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB (Edisi 2003 ).
6. Pemegang lesen hendaklah melakukan penggredan ke atas buah kelapa sawit yang diterima atau dibeli
berdasarkan kepada Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB atau apa-apa dokumen yang ditentukan
oleh MPOB atau mana-mana sistem penggredan yang ditentukan oleh Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mengeluarkan baucer bayaran yang mengandungi maklumat-maklumat
mengenai tarikh bayaran, nama penerima, kuantiti, harga dan amaun bayaran bagi setiap pembelian buah
kelapa sawit.
8. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa penggredan buah kelapa sawit dilakukan oleh pengred
yang terlatih dan diiktirafkan oleh Lembaga.
9. Pemegang lesen hendaklah meletakkan permukaan bacaan timbang dengan cara yang mudah dilihat oleh
pembekal atau wakilnya.
10. Pemegang lesen hendaklah mempamerkan harga belian harian buah kelapa sawit di tempat yang mudah
dilihat oleh pembekal atau wakilnya.
11. Pemegang lesen dikehendaki mengguna dan mematuhi Garis Panduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa
Sawit MPOB ( Edisi 2004 ).
Aktiviti berlesen :
(IV) MENJUAL DAN MENGALIH MINYAK SAWIT
(V) MEMBELI DAN MENGALIH MINYAK SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membeli minyak sawit daripada sesiapa kecuali daripada orang
yang mempunyai lesen untuk menjual minyak sawit.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual minyak sawit kepada sesiapa kecuali kepada orang yang
mempunyai lesen untuk membeli minyak sawit.
Aktiviti berlesen :
(VI) MENJUAL DAN MENGALIH ISIRONG SAWIT
(VII) MEMBELI DAN MENGALIH ISIRONG SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membeli isirong sawit daripada sesiapa kecuali daripada orang yang
mempunyai lesen untuk menjual isirong sawit.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual isirong sawit kepada sesiapa kecuali kepada orang yang
mempunyai lesen untuk membeli isirong sawit.
Aktiviti berlesen :
(VIII) MENYIMPAN MINYAK SAWIT
(IX) MENYIMPAN ISIRONG SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa setiap tangki yang disimpan dengan minyak sawit
ditentukur dan disahkan oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua kemudahan penyimpanan atau bekas
simpanan termasuklah tangki, pam, saluran paip dan injap.
3. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa premis kilang dan termasuklah peralatan serta jentera
hendaklah bersih daripada tumpahan minyak sawit, asid lemak sawit atau sisa–sisa pemprosesan serta
kekotoran lain dan bebas daripada binatang.
4. Pemegang lesen hendaklah menggunakan jadual ketumpatan minyak sawit, asid lemak sawit atau oleokimia
sawit yang dikeluarkan oleh MPOB.
5. Pemegang lesen hendaklah menggunakan termometer yang bukan daripada jenis raksa yang telah
ditentukur dan disahkan oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan termometer itu
hendaklah mempunyai sangkar dan sangkar itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau plumbum
atau aloi logam kuprum dan plumbum.
6. Pemegang lesen hendaklah menggunakan pita ukur yang telah ditentukur dan disahkan oleh mana-mana
agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan pita ukur itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum.

9. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti yang
dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

KATEGORI : KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MF)

1. MPOB(EL)MF3-2(FFB) - Penjualan/ Penghantaran Buah Kelapa Sawit
2. MPOB(EL)MF3-2(PK) - Penjualan Isirong Sawit
3. MPOB(EL)MF3-2(PO) - Penjualan/ Penghantaran Minyak Sawit Keladak
4. MPOB(EL)MF3-3(FFB) - Pembelian/ Penerimaan Buah Kelapa Sawit
5. MPOB(EL)MF3-3(PK) - Pembelian/ Penerimaan Isirong Sawit
6. MPOB(EL)MF3-3(PO) - Pembelian/ Penerimaan Minyak Sawit
7. MPOB(EL)MF3-4(PK) - Penyimpanan Isirong Sawit
8. MPOB(EL)MF3-4(PO) - Penyimpanan Minyak Sawit
9. MPOB(EL)MF3-6(FFB) - Pengilangan Buah Kelapa Sawit

10. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Peniaga Buah Kelapa Sawit (DF) perlu menghantar penyata bulanan melalui laman web
http://www.e-kilangmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)MF 4 dan melalui laman web
www.eqcmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)MF 4A.

11. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MF- TAMBAHAN DAYA)

KILANG BUAH KELAPA SAWIT (MF- TAMBAHAN DAYA)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

Tambahan daya pemprosesan kilang buah kelapa sawit (MFIA).

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

a. Membeli dan Menjual dan mengalih CPO, PK, SPO (FFB jika perlu).
b. Membeli dan mengalih FFB (CPO, PK jika perlu).
c. Menyimpan CPO, PK, SPO.
d. Mengilang FFB.

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Prasarana (Kesesuaian Premis)
i. Kelulusan Agensi Lain
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar negeri selari dengan keupayaan yang dipohon untuk tambahan
daya pemprosesan kilang tersebut.
(Pengiraan: ___ tm x 20 jam x 25 hari x 12 bulan = tm/thn )
c. Kajian Fesibiliti
Pemohon perlu menjalankan 'feasibility study' berkaitan sumber bekalan ffb, kajian pasaran, keperluan daya
pemprosesan, teknologi yang akan digunapakai, pelan pengurusan biomass (methane trapping).
d. Pemerangkapan / Pengelakkan Pelepasan Gas Metana
Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, satu (1) syarat baru permohonan lesen telah dikenakan di mana kilang-
kilang baru mesti mempunyai kemudahan alat pemerangkapan atau pengelakkan pelepasan gas metana.
e. Kadar Perahan Minyak (OER)
i. OER >19% bagi kilang di Semenanjung dan >20% bagi kilang di Sabah/Sarawak kecuali di Mukah, Sarawak
≥19%; atau
ii. Bagi kilang yang mencapai OER < 19% di Semenanjung dan OER <20% di Sabah/Sarawak adalah mengambil-
kira formula: OER+ KER = ≥ 24.5%
f. Penilaian kecekapan kilang oleh Bahagian Kejuruteraan MPOB
Daya pemprosesan dipohon sesuai dengan penilaian kecekapan kilang oleh Bahagian Kejuruteraan MPOB.
g. Teknologi baru pengilangan
Cadangan automasi kilang atau lain-lain inovasi pengilangan baru seperti menggunapakai teknologi terkini
terutama teknologi MPOB.

4. FI LESEN

Fi pindaan butiran lesen – RM50.00

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).
b. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 iaitu:
i. Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
c. Membayar fi pindaan butiran lesen.
KILANG PELUMAT ISIRUNG SAWIT (CF)

KILANG PELUMAT ISIRONG SAWIT (CF)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

a. Membeli isirung kelapa sawit (PK) dari kilang kelapa sawit dan melumat menjadi minyak isirung sawit mentah
(CPKO) dan bungkil isirung (PKC).
b. Menjual CPKO.
c. Menjual dan mengeksport PKC.
d. Turut terhasil adalah SPO.

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

a. Menjual dan mengallih CPKO, SPO (PK jika perlu).
b. Membeli dan mengallih PK (CPKO jika perlu).
c. Menyimpan PK, PKC, CPKO, SPO.
d. Mengeksport PK, PKC, CPKO.

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 100,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/Enterprise/Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi - Pemilikan Syer.
c. Pemilikan Premis
Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
i. Pemilikan kekal (free hold); atau
ii. Pegangan Pajakan Negeri (State Lease hold)
Bukti Pemilikan:
Surat hakmilik premis, pajakan, sewaan, perjanjian jual beli, kebenaran menduduki daripada pemilik atau
dokumen-dokumen lain berkaitan.
d. Kelulusan Agensi Lain
Surat kelulusan daripada MIDA

4. FI LESEN - SETAHUN

a. Menjual dan mengalih PK, CPKO, SPO – RM300
b. Membeli dan mengalih PK, CPKO – RM200
c. Menyimpan PK, PKC, CPKO, SPO – RM400
d. Mengeksport PK, PKC, CPKO, SPO – RM400

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 iaitu:
• Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Ses) 2000.
• Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Ses) 2001.
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Mutu) 2005.
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pendaftaran Kontrak) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
g. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian. Rujuk perkara 8.
h. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan. Rujuk perkara 9.
i. Menyempurnakan Borang MPOB L3 secara online di http://sps.mpob.gov.my
j. Membuat pengistiharaan Borang MPOB Q1, Q2 atau Q3 secara online www.eqcmpob.com.my 2 hari sebelum
tarikh pemuatan atau pemunggahan keluaran kelapa sawit.

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh
pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen:
(I) MENJUAL DAN MENGALIH ISIRONG SAWIT
(II) MEMBELI DAN MENGALIH ISIRONG SAWIT
(III) MENYIMPAN ISIRONG SAWIT
(IV) MENJUAL DAN MENGALIH MINYAK SAWIT
(V) MEMBELI DAN MENGALIH MINYAK SAWIT
Syarat–syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membeli minyak sawit atau isirong sawit daripada sesiapa kecuali
daripada orang yang mempunyai lesen untuk menjual minyak sawit atau isirong sawit.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual minyak sawit atau isirong sawit kepada sesiapa kecuali
kepada orang yang mempunyai lesen untuk membeli minyak sawit atau isirong sawit.
Aktiviti berlesen :
(VI) MENYIMPAN MINYAK SAWIT
(VII) MENYIMPAN BUNGKIL ISIRONG SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa setiap tangki simpanan yang disimpan dengan minyak
sawit ditentukur dan disahkan oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua kemudahan penyimpanan atau bekas
simpanan termasuklah tangki, pam, saluran paip dan injap.
3. Pemegang lesen hendaklah menggunakan termometer yang tidak dibuat daripada raksa dan telah ditentukur
dan disahkan oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan termometer itu hendaklah
diletakkan dalam sangkar dan sangkar itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau plumbum atau
aloi logam kuprum dan plumbum.
4. Pemegang lesen hendaklah menggunakan pita ukur yang telah ditentukur dan diperakui oleh mana-mana
agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan pita ukur itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum.
5. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa premis kilang termasuklah peralatan dan jentera hendaklah
bebas daripada tumpahan minyak sawit, sisa–sisa pemprosesan atau kekotoran lain.
6. Pemegang lesen hendaklah menggunakan jadual ketumpatan minyak sawit yang dikeluarkan oleh MPOB.
7. Pemegang lesen hendaklah memastikan premis kilang bebas daripada binatang.

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti yang
dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

KATEGORI : KILANG PELUMAT ISIRONG SAWIT (CF)

1. MPOB(EL)CF3-2(PK) - Penjualan Isirong Sawit
2. MPOB(EL)CF3-2(PO) - Penjualan Minyak Sawit
3. MPOB(EL)CF3-3(PK) - Pembelian / Penerimaan Isirong Sawit
4. MPOB(EL)CF3-3(PO) - Pembelian / Penerimaan Minyak Sawit
5. MPOB(EL)CF3-4(PO) - Penyimpanan Minyak Sawit / Isirong Sawit / Bungkil Isirong Sawit
6. MPOB(EL)CF3-4(PK) - Penyimpanan Minyak Sawit / Isirong Sawit / Bungkil Isirong Sawit
7. MPOB(EL)CF3-4(PKC) - Penyimpanan Minyak Sawit / Isirong Sawit / Bungkil Isirong Sawit

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Kilang Pelumat Isirong Sawit (CF) perlu menghantar penyata bulanan melalui laman web
http://www.e-kilangmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)CF 4.

10. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga
setiap bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
KILANG PENAPIS (RF)

KILANG PENAPIS (RF)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

a. Membeli minyak kelapa sawit mentah (CPO) dari kilang kelapa sawit serta minyak isirung sawit mentah (CPKO)
dari kilang pelumat isirung dan menapis menjadi PPO dan PPKO.
b. Menjual dan mengeksport PPO dan CPKO dan lain-lain produk sampingan.
c. Turut terhasil adalah asid lemak (PFA) dan SPO.

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

a. Menjual dan mengalih PPO, PPKO, PCM, (SPO jika perlu).
b. Membeli dan mengalih CPO, CPKO, PFA.
c. Menyimpan CPO, CPKO, PPO, PPKO, PFA, PCM, (SPO jika perlu).
d. Mengeksport PPO, PPKO, PFA, (SPO jika perlu).

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 100,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi - Pemilikan Syer.
c. Pemilikan Premis
Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
i. Pemilikan kekal (free hold); atau
ii. Pegangan Pajakan Negeri (State Lease hold)
Bukti Pemilikan:
Surat hakmilik premis, pajakan, sewaan, perjanjian jual beli, kebenaran menduduki daripada pemilik atau
dokumen-dokumen lain berkaitan.
d. Kelulusan Agensi Lain
Surat kelulusan daripada MIDA

4. FI LESEN - SETAHUN

a. Menjual dan mengalih PPO, PFA, PCM, SPO – RM400
b. Membeli dan mengalih CPO, CPKO, PFA – RM300
c. Menyimpan CPO, CPKO, PPO, PPKO, PFA, PCM, SPO – RM700
d. Mengeksport PPO, PPKO, PFA, SPO – RM400

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 iaitu:
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Mutu) 2005.
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pendaftaran Kontrak) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
g. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
h. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.
i. Menyempurnakan Borang MPOB L3 secara online di http://sps.mpob.gov.my
j. Membuat pengistiharaan Borang MPOB Q1, Q2 atau Q3 secara online www.eqcmpob.com.my 2 hari sebelum
tarikh pemuatan atau pemunggahan keluaran kelapa sawit.

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima
oleh pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

7. SYARAT-SYARAT BAGI PEMEGANG LESEN DALAM KATEGORI KILANG PENAPIS (RF)

Aktiviti berlesen:
(I) MENJUAL DAN MENGALIH MINYAK SAWIT
(II) MEMBELI DAN MENGALIH MINYAK SAWIT
(III) MENJUAL DAN MENGALIH ASID LEMAK SAWIT
(IV) MEMBELI DAN MENGALIH ASID LEMAK SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membeli minyak sawit atau asid lemak sawit daripada sesiapa
kecuali daripada orang yang mempunyai lesen untuk menjual minyak sawit atau asid lemak sawit.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menjual minyak sawit atau asid lemak sawit kepada sesiapa kecuali
kepada orang yang mempunyai lesen untuk membeli minyak sawit atau asid lemak sawit.
Aktiviti berlesen :
(V) MENYIMPAN MINYAK SAWIT
(VI) MENYIMPAN ASID LEMAK SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa setiap tangki yang disimpan dengan minyak sawit atau asid
lemak sawit ditentukur dan diperakui oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua kemudahan penyimpanan atau bekas
simpanan termasuklah tangki, pam, saluran paip dan injap.
3. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa premis kilang dan termasuklah peralatan serta jentera
hendaklah bersih daripada tumpahan minyak sawit, asid lemak sawit atau sisa–sisa pemprosesan serta
kekotoran lain dan bebas daripada binatang.
4. Pemegang lesen hendaklah menggunakan jadual ketumpatan minyak sawit, asid lemak sawit atau oleokimia
sawit yang ditentukan Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah menggunakan termometer yang bukan daripada jenis raksa yang telah
ditentukur dan diperakui oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan termometer itu
hendaklah mempunyai sangkar dan sangkar itu tidak boleh dibuat daripada logam kuprum atau plumbum
atau aloi logam kuprum dan plumbum.
6. Pemegang lesen hendaklah menggunakan pita ukur yang telah ditentukur dan diperakui oleh mana-mana
agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan pita ukur itu tidak boleh dibuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum.
7. Pemegang lesen yang menggunakan bendalir pemanasan haba dalam gelung pemanas hendaklah
memastikan bahawa tiada kebocoran dalam gelung pemanas dan memastikan segala langkah di ambil untuk
mengesan dan mencegah apa-apa kebocoran bendalir pemanasan haba.
8. Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Lembaga dengan serta-merta secara bertulis apabila
berlaku pencemaran minyak sawit dengan bendalir pemanasan haba.
Aktiviti berlesen :
(VII) MENJUAL DAN MENGALIH OLEOKIMIA SAWIT
(VIII) MENYIMPAN OLEOKIMIA SAWIT
Syarat-syarat :
Sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti yang
dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

KATEGORI : KILANG PENAPIS (RF)

1. MPOB(EL)RF3-2(PCM) - Penjualan Oleokimia Sawit
2. MPOB(EL)RF3-2(PFA) - Penjualan Minyak Sawit
3. MPOB(EL)RF3-2(PO) - Penjualan Minyak Sawit
4. MPOB(EL)RF3-3(PFA) - Pembelian / Penerimaan Minyak Sawit
5. MPOB(EL)RF3-3(PO) - Pembelian / Penerimaan Minyak Sawit
6. MPOB(EL)RF3-4(PFA) - Penyimpanan Minyak Sawit
7. MPOB(EL)RF3-4(PO) - Penyimpanan Minyak Sawit

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Kilang Penapis (RF)perlu menghantar penyata bulanan melalui laman web
http://www.e-kilangmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)RF 4.

10. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga
setiap bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
KILANG OLEOKIMIA (CM)

OLEOKIMIA SAWIT (CM)

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

a. Membeli CPO, PPO, CPKO, PPKO atau SPO untuk diproses menjadi produk oleokimia.
b. Menjual dan mengeksport produk oleokimia.

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

a. Menjual dan mengalih PCM.
b. Membeli dan mengalih CPO, PPO, CPKO, PPKO, PFA, SPO.
c. Menyimpan CPO, PPO, CPKO, PPKO, SPO, PFA PCM.
d. Mengeksport PCM.

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 100,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi – Pemilikan syer
c. Pemilikan Premis
Pemilikan sah ke atas premis.
Bukti melalui:
Surat hakmilik premis, pajakan, sewaan, perjanjian jual beli, kebenaran menduduki daripada pemilik atau
dokumen-dokumen lain berkaitan.
d. Kelulusan Agensi Lain
i. Surat Kelulusan MIDA
ii. Lesen MPIC bagi kilang Biodiesel (Biobahan Api)

4. FI LESEN - SETAHUN

a. Menjual dan mengalih PCM – RM100
b. Membeli dan mengalih CPO,CPKO, PPO, PPKO, PFA – RM500
c. Menyimpan CPO, CPKO, PPO, PPKO, SPO, PFA, PCM – RM700
d. Mengeksport PCM – RM100

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 iaitu:
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Mutu) 2005.
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pendaftaran Kontrak) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
g. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian. Rujuk perkara 8.
h. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan. Rujuk perkara 9.
i. Menyempurnakan Borang MPOB L3 secara online di http://sps.mpob.gov.my
j. Membuat pengistiharaan Borang MPOB Q1, Q2 atau Q3 secara online www.eqcmpob.com.my 2 hari sebelum
tarikh pemuatan atau pemunggahan keluaran kelapa sawit.

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima
oleh pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen:
(I) MEMBELI DAN MENGALIH MINYAK SAWIT
(II) MEMBELI DAN MENGALIH ASID LEMAK SAWIT
(III) MENJUAL DAN MENGALIH OLEOKIMIA SAWIT
Syarat :
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk membeli minyak sawit atau asid lemak sawit daripada sesiapa
kecuali daripada orang yang mempunyai lesen untuk menjual minyak sawit atau asid lemak sawit.
Aktiviti berlesen :
(IV) MENYIMPAN OLEOKIMIA SAWIT
(V) MENYIMPAN ASID LEMAK SAWIT
(VI) MENYIMPAN MINYAK SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa setiap tangki yang disimpan dengan minyak sawit
ditentukur dan disahkan oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua kemudahan penyimpanan atau bekas
simpanan termasuklah tangki, pam, saluran paip dan injap.
3. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa premis kilang termasuklah peralatan dan jentera hendaklah
bebas daripada tumpahan minyak sawit,asid lemak sawit, oleokimia sawit, sisa–sisa pemprosesan atau
kekotoran lain.
4. Pemegang lesen hendaklah menggunakan jadual ketumpatan minyak sawit, asid lemak sawit atau oleokimia
sawit yang ditentukan oleh MPOB.
5. Pemegang lesen hendaklah menggunakan termometer yang tidak dibuat daripada raksa dan telah ditentukur
dan disahkan oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan termometer itu hendaklah
diletakkan dalam sangkar dan sangkar itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau plumbum atau
aloi logam kuprum dan plumbum.
6. Pemegang lesen hendaklah menggunakan pita ukur yang telah ditentukur dan diperakui oleh mana-mana
agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan pita ukur itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum.

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti yang
dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

KATEGORI : KILANG OLEOKIMIA SAWIT (CM)

1. MPOB(EL)CM3-2(PCM) - Penjualan Oleokimia Sawit

2. MPOB(EL)CM3-3(PFA) - Pembelian / Penerimaan Minyak Sawit<?div>

3. MPOB(EL)CM3-3(PO) - Pembelian / Penerimaan Minyak Sawit
4. MPOB(EL)CM3-4(PCM) - Penyimpanan Minyak Sawit
5. MPOB(EL)CM3-4(PFA) - Penyimpanan Minyak Sawit
6. MPOB(EL)CM3-4(PO) - Penyimpanan Minyak Sawit

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Kilang Oleokimia Sawit (CM)perlu menghantar penyata bulanan melalui laman web
http://www.e-kilangmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)CM 4.