SERVICES

 

MEMULAKAN PEMBINAAN KEMUDAHAN SIMPANAN PUKAL (KB)

MEMULAKAN PEMBINAAN KEMUDAHAN SIMPANAN PUKAL (KB)

 

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

Pembinaan Kemudahan Simpanan Pukal yang berkeupayaan simpanan melebihi 10,000 metrik tan untuk
menjalankan aktiviti menyimpan keluaran kelapa sawit.

 

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

Memulakan Pembinaan Kemudahan Simpanan Pukal.

 

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 100,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi – Pemilikan syer
c. Pemilikan Premis
Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
i. Pemilikan kekal; atau
ii. Pegangan Pajakan (Lease Hold)
Bukti Melalui:
Surat hakmilik tanah atau perjanjian jual beli.
d. Kelulusan Agensi Lain
i. Surat kelulusan daripada Lembaga Pelabuhan berkenaan atau Majlis Tempatan jika di luar kawasan Lembaga.
ii. Surat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
iii. Surat Kelulusan daripada Kerajaan Negeri.

 

4. FI LESEN - SETAHUN

Memulakan pembinaan kemudahan simpanan pukal – RM500

 

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 iaitu:
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
f. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.

 

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh
pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

 

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen :
MEMULAKAN PEMBINAAN KEMUDAHAN SIMPANAN PUKAL
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa tempoh memulakan pembinaan kemudahan simpanan
pukal ialah dalam jangka waktu satu tahun dari tarikh lesen ini dikeluarkan atau dalam tempoh yang
ditentukan oleh Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa pembinaan kemudahan simpanan pukal mematuhi jadual
dan pelan pembinaan yang diluluskan oleh Lembaga.
3. Pemegang lesen hendaklah memohon bagi aktiviti-aktiviti yang diperlukan berkaitan dengan pengendalian
kemudahan simpanan pukal secara bertulis enam bulan sebelum pengendalian kemudahan simpanan
pukal dimulakan.
4. Pemegang lesen hendaklah memastikan setiap tangki yang akan dibina berhubungan dengan kemudahan
simpanan pukal ditentukurkan dan diperakui oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua kemudahan simpanan pukal yang akan
dibina termasuklah tangki, pam, saluran paip dan injap.

 

8. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Memulakan Pembinaan Kemudahan Simpanan Pukal (KB) perlu menghantar penyata
bulanan Link : MPOB(EL)KB 4 ke pejabat wilayah berkenaan.

 

9. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
KEMUDAHAN SIMPANAN PUKAL (KS)

KEMUDAHAN SIMPANAN PUKAL (KS)

 

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

a. Menyewakan tangki simpanan produk sawit kepada kilang penapis, kilang isirung dan peniaga lain sebelum
produk dieksport.
b. Premis selalunya berdekatan pelabuhan.

 

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

Menyimpan CPO, PPO, CPKO, PPKO, PFA, PCM, SPO

 

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 100,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi – Pemilikan syer
c. Pemilikan Premis
Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
i. Pemilikan kekal; atau
ii. Pegangan Pajakan (Lease Hold)
Bukti Melalui:
Surat hakmilik tanah atau perjanjian jual beli.
d. Kelulusan Agensi Lain
i. Surat kelulusan daripada Lembaga Pelabuhan berkenaan atau Majlis Tempatan jika di luar kawasan Lembaga.
ii. Surat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

 

4. FI LESEN - SETAHUN

Menyimpan PFA, PCM, CPO, PPO, CPKO, PPKO, SPO - RM700

 

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 iaitu:
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Mutu) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
g. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
h. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.
i. Menyempurnakan Borang MPOB L3 secara online di http://sps.mpob.gov.my

 

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh
pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang
diminta oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

 

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen :
(I) MEYIMPAN MINYAK SAWIT
(II) MENYIMPAN OLEOKIMIA SAWIT
(III) MENYIMPAN ASID LEMAK SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa premis kemudahan simpanan pukal termasuklah peralatan
dan jentera hendaklah bebas daripada tumpahan keluaran kelapa sawit, sisa–sisa pemprosesan atau
kekotoran lain dan bebas daripada binatang.
2. Pemegang lesen tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan yang diperbuat daripada kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum untuk semua kemudahan penyimpanan iaitu tangki, pam,
saluran paip dan injap.
3. Pemegang lesen hendaklah menggunakan termometer yang bukan daripada jenis raksa yang telah
ditentukur dan diperakui oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan termometer itu
hendaklah mempunyai sangkar dan sangkar itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau plumbum
atau aloi logam kuprum dan plumbum.
4. Pemegang lesen hendaklah menggunakan pita ukur yang telah ditentukur dan diperakui oleh mana-mana
agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan pita ukur itu tidak boleh diperbuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum.
5. Pemegang lesen hendaklah mematuhi arahan pemanasan standard yang ditentukan oleh Lembaga bagi
semua keluaran kelapa sawit yang hendak dipunggah keluar daripada bekas simpanan kemudahan
simpanan pukal.
6. Pemegang lesen hendaklah memberitahu Lembaga cadangan Jadual Pemunggahan Keluar yang
mengandungi butir-butir kapal, jangkamasa tiba, jenis keluaran kelapa sawit, nama pengeksport, kuantiti,
nombor tangki dan destinasi bagi keluaran kelapa sawit yang akan dipunggah keluar daripada tangki
sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa.
7. Pemegang lesen hendaklah mengadakan pelan susun atur bekas simpanan dalam kemudahan simpanan
pukal untuk pemeriksaan pegawai diberi kuasa dan firma pengukuran berlesen sahaja.
8. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa semua bekas simpanan kemudahan simpanan pukal
termasuklah saluran paip, injap dan pam hendaklah ditanda dengan jelas dan mudah dilihat untuk mudah
dikenal pasti.

 

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti yang
dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

 

KATEGORI : KEMUDAHAN SIMPANAN PUKAL (KS)

1. MPOB(EL)KS3-4(PCM) - Penyimpanan Minyak Sawit
2. MPOB(EL)KS3-4(PFA) - Penyimpanan Minyak Sawit
3. MPOB(EL)KS3-4(PO) - Penyimpanan Minyak Sawit

 

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Kemudahan Simpanan Pukal (KS) perlu menghantar penyata bulanan melalui laman web
http://www.e-kilangmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)KS4.

 

10. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
PENGUKURAN KELUARAN KELAPA SAWIT (UK)

PENGUKURAN KELUARAN KELAPA SAWIT (UK)

 

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

a. Membuat pengukuran dengan mengenakan upah ke atas keluaran kelapa sawit untuk pihak industri bagi
menentukan jumlah berat atau isipadu.
b. Tempat yang selalu dibuat pengukuran adalah tangki simpanan dan tangki kapal.

 

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

Mengukur FFB, PK, PFA, PCM, PKC, CPO, PPO, CPKO, PPKO, SPO, SDS, SLGBIJI, SLGTISU, PFOPT

 

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 25,000.00
Bukti Modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi Perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi - Pemilikan syer
c. Pemilikan Premis
i. Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
Bukti melalui:
Surat hakmilik tanah, pajakan, sewaan, perjanjian jual beli, kebenaran menduduki daripada pemilik atau
dokumen-dokumen lain berkaitan.
d. Pegawai Berkelayakan
Memiliki sekurang-kurangnya dua (2) orang Pengukur Bebas berdaftar dengan Lembaga bagi setiap premis.

 

4. FI LESEN - SETAHUN

Mengukur FFB, PK, PFA, PCM, PKC, CPO, PPO, CPKO, PPKO, SPO, SDS, SLGBIJI, SLGTISU, PFOPT – RM1,400

 

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 iaitu:
i. Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
ii. Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Mutu) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
g. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
h. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.

 

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh
pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

 

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen :
MENGUKUR KELUARAN KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa bekas simpanan yang hendak dimuatkan dengan keluaran
kelapa sawit adalah bersih, sesuai digunakan dan bebas daripada sisa kargo terdahulu, air dan bahan-
bahan lain sama ada bertoksid atau tidak bertoksid.
2. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa bekas simpanan yang hendak dimuatkan dengan keluaran
kelapa sawit sesuai yakni tidak mempunyai kelengkapan yang dibuat daripada logam kuprum atau plumbum
atau aloi logam kuprum dan plumbum.
3. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa sampel keluaran kelapa sawit yang diambil semasa
pengukuran diisi ke dalam bekas baru yang bertutup rapat, dimeteri dan dilabelkan dengan serta merta
selepas diambil.
4. Pemegang lesen hendaklah mengemukakan kepada Lembaga suatu salinan setiap laporan hasil
pengukuran keluaran kelapa sawit yang dijalankan tidak lewat dari tujuh hari selepas pengukuran dibuat.
5. Pemegang lesen hendaklah memberitahu Lembaga mengenai masa kapal dijangka tiba (ETA), masa
pengambilan sampel, jenis dan kuantiti keluaran kelapa sawit, pihak yang melantiknya, destinasi, spesifikasi
dan standard mutu dalam kontrak jual beli, jadual pemuatan dan maklumat berkaitan lain bagi setiap
pengukuran yang akan dilakukan tidak kurang dari dua hari sebelum tarikh pengukuran.
6. Pemegang lesen hendaklah menyimpan semua dokumen dan rekod pengukuran keluaran kelapa sawit tidak
kurang daripada dua tahun selepas pengukuran.
7. Pemegang lesen hendaklah memastikan semua butir pengukuran keluaran kelapa sawit direkodkan dalam
bentuk buku, dokumen atau secara elektronik dan disimpan di premis berlesen.
8. Pemegang lesen hendaklah menyimpan semua sampel keluaran kelapa sawit yang diambil semasa
pengukuran bagi tempoh tidak kurang daripada tiga bulan selepas tarikh pengukuran dan memastikan
bahawa semua sampel itu disimpan dalam tempat yang dingin dan terlindung daripada cahaya matahari.
9. Pemegang lesen hendaklah pada setiap masa mematuhi prosedur pengukuran yang ditentukan oleh
Lembaga iaitu “Standard Surveying Procedures and Practices for Palm Oil and Its Derivatives” atau apa-apa
dokumen yang ditentukan oleh Lembaga.
10. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa setiap alat, radas, kelengkapan, jentera, mesin yang
digunakan untuk kerja pengukuran hendaklah bebas daripada logam kuprum atau plumbum atau aloi logam
kuprum dan plumbum.
11. Pemegang lesen hendaklah menggunakan termometer yang bukan daripada jenis raksa yang telah
ditentukur dan disahkan oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan termometer itu
hendaklah mempunyai sangkar dan sangkar itu tidak boleh dibuat daripada logam kuprum atau plumbum
atau aloi logam kuprum dan plumbum.
12. Pemegang lesen hendaklah menggunakan pita ukur yang telah ditentukur dan disahkan oleh mana-mana
agensi yang ditentukan oleh Lembaga dan pita ukur itu tidak boleh dibuat daripada logam kuprum atau
plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum.
13. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa kesahihan maklumat tiga kargo terdahulu yang
diisytiharkan nakhoda kapal dengan memeriksa dan memperakui rekod penggunaan bekas simpanan bagi
pemuatan dan pemunggahan keluaran kelapa sawit.
14. Pemegang lesen hendaklah melaporkan kepada Lembaga setiap bantahan, pertikaian atau keraguan yang
serupa itu mengenai pengukuran keluaran kelapa sawit yang dikeluarkan olehnya kepada Lembaga melalui
telefon, teleks, faksimile atau apa - apa cara elektronik yang lain dalam tempoh 24 jam daripada masa
ia dibuat dan mengemukakan suatu salinan dokumen bantahan, pertikaian atau keraguan serupa itu dalam
tempoh tujuh hari dari tarikh dokumen itu.
15. Pemegang lesen hendaklah memastikan semua laporan pengukuran semua keluaran kelapa sawit yang
dikeluarkan olehnya adalah benar, lengkap dan tepat.
16. Pemegang lesen adalah dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya dua juruukur keluaran kelapa sawit
yang telah lulus peperiksaan yang ditentukan oleh Lembaga dan berdaftar dengan Lembaga bekerja
dengannya.
17. Pemegang lesen hendaklah memastikan kakitangannya memakai kad pengenalan juruukur yang
dikeluarkan oleh Lembaga semasa menjalankan kerja pengukuran keluaran kelapa sawit.
18. Pemegang lesen hendaklah mematuhi kaedah pengukuran yang ditentukan oleh Lembaga bagi setiap
parameter yang diukur.
19. Segala pengukuran oleh pemegang lesen termasuklah menandatangani dokumen pengukuran keluaran
kelapa sawit hendaklah : -
19.1 dilaksanakan oleh juruukur keluaran kelapa sawit yang berdaftar dengan Lembaga; dan
19.2 dilaksanakan oleh juruukur itu bagi pihak pemegang lesen; dan
19.3 dilaksanakan oleh juruukur itu yang berkhidmat sebagai pekerja bagi pemegang lesen.
20. Pemegang lesen hendaklah mempunyai alat, radas, kelengkapan, jentera, mesin yang ditentukan dalam
setiap kaedah persampelan dan pengukuran untuk setiap parameter yang diukur dan alat, radas,
kelengkapan, jentera, mesin itu jika berkenaan hendaklah ditentukur oleh mana-mana agensi yang
ditentukan oleh Lembaga.

 

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti yang
dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

 

KATEGORI : PENGUKURAN KELUARAN KELAPA SAWIT (UK)

1. MPOB(EL)UK3-8(FFB) - Daftar Kerja Pengukuran
2. MPOB(EL)UK3-8(OPPM) - Daftar Kerja Pengukuran
3. MPOB(EL)UK3-8(PCM) - Daftar Kerja Pengukuran
4. MPOB(EL)UK3-8(PFA) - Daftar Kerja Pengukuran
5. MPOB(EL)UK3-8(PK) - Daftar Kerja Pengukuran
6. MPOB(EL)UK3-8(PKC) - Daftar Kerja Pengukuran
7. MPOB(EL)UK3-8(PO) - Daftar Kerja Pengukuran

 

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Pengukuran Keluaran Kelapa Sawit (UK) perlu menghantar penyata bulanan melalui
laman web www.eqcmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)UK 4.

 

10. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
KATEGORI MAKMAL (LB)

KATEGORI MAKMAL (LB)

 

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

Membuat ujian dengan mengenakan upah ke atas keluaran kelapa sawit yang dihantar oleh pihak industri bagi
menentukan kualiti.

 

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

Menguji FFB, PK, PKC, PFA, PCM, CPO, PPO, CPKO, PPKO, SPO, SDS, SLGBIJI, SLGTISU, PFOPT

 

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 25,000.00
Bukti Modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi – Pemilikan syer
c. Pemilikan Premis
i. Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
Bukti melalui:
Surat hakmilik tanah, pajakan, sewaan, perjanjian jual beli, kebenaran menduduki daripada pemilik atau
dokumen-dokumen lain berkaitan.
d. Pegawai Berkelayakan
Kemukakan butir-butir dan sijil seorang pegawai yang berdaftar dengan Institut Kimia Malaysia (IKM) untuk
berkhidmat dengan pemohon

 

4. FI LESEN - SETAHUN

Menguji FFB, PK, PFA, PCM, PKC, SDS, SLGBIJI, SLGTISU, PFOPT, CPO, PPO, CPKO, PPKO, SPO - RM1,400

 

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 iaitu:
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Mutu) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
g. Menyedia, menyimpan dan menyenggara rekod harian.
h. Mengemuka penyata bulanan pada setiap bulan.

 

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima oleh
pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

 

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen :
MENGUJI KELUARAN KELAPA SAWIT
Syarat-syarat :
1. Pemegang lesen hanya boleh menerima sampel keluaran kelapa sawit sekiranya sampel itu diisi dalam
bekas bertutup rapat, berlabel dan bermeteri.
2. Pemegang lesen hendaklah mengemukakan suatu salinan setiap laporan hasil pengujian keluaran kelapa
sawit yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka adalah benar, tepat dan lengkap
kepada Lembaga dan hendaklah diterima oleh Lembaga tidak lewat daripada 7 hari selepas pengujian
dijalankan.
3. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa semua butir pengujian keluaran kelapa sawit direkodkan
dalam bentuk buku, dokumen atau secara elektronik dan disimpan di premis berlesen.
4. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa butir-butir catatan kerja pengujian dan kaedah pengujian
yang digunakan ditulis dalam buku atau dokumen yang dijilidkan.
5. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa butir-butir penganalisaan yang disimpan secara elektronik
dicetak dan disimpan salinannya di premis berlesen.
6. Pemegang lesen dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya seorang pegawai yang mempunyai
kelayakan yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah anggota kepada Institut Kimia Malaysia yang
bekerja dengannya.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi kaedah pengujian yang ditentukan oleh Lembaga.bagi setiap
parameter yang diuji.
8. Pemegang lesen hendaklah mempunyai alat, radas, kelengkapan, jentera, mesin yang ditentukan dalam
setiap kaedah pengujian untuk setiap parameter yang diuji dan alat, radas, kelengkapan, jentera, mesin itu,
jika sebuah, hendaklah ditentukur dan diperakui oleh mana-mana agensi yang ditentukan oleh Lembaga.
9. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa semua aspek keselamatan makmal yang ditentukan oleh
Lembaga dipatuhi.

 

8. PANDUAN PENGGUNAAN REKOD HARIAN

Setiap pemegang lesen dikehendaki menyenggara dan mengemaskini setiap hari butir-butir rekod harian yang
lengkap, benar dan tepat mengikut kategori dan aktiviti yang dilesenkan. Format rekod harian adalah seperti
yang dilampirkan dan dijadikan sebagai panduan.

 

KATEGORI : MAKMAL (LB)

1. MPOB(EL)LB3-9(FFB) - Pendaftaran Penganalisaan Keluaran Kelapa Sawit
2. MPOB(EL)LB3-9(OPPM) - Pendaftaran Penganalisaan Keluaran Kelapa Sawit
3. MPOB(EL)LB3-9(PCM) - Pendaftaran Penganalisaan Keluaran Kelapa Sawit
4. MPOB(EL)LB3-9(PFA) - Pendaftaran Penganalisaan Keluaran Kelapa Sawit
5. MPOB(EL)LB3-9(PK) - Pendaftaran Penganalisaan Keluaran Kelapa Sawit
6. MPOB(EL)LB3-9(PKC) - Pendaftaran Penganalisaan Keluaran Kelapa Sawit
7. MPOB(EL)LB3-9(PO) - Pendaftaran Penganalisaan Keluaran Kelapa Sawit

 

9. PENGHANTARAN PENYATA BULANAN

Setiap pemegang lesen Makmal (LB)perlu menghantar penyata bulanan melalui laman web
www.eqcmpob.com.my dengan melengkapkan penyata bulanan MPOB(EL)LB 4.

 

10. BILA PENYATA PERLU DIHANTAR?

Pemegang lesen hendaklah mengemuka penyata bulanan yang lengkap, benar dan tepat kepada Lembaga setiap
bulan dan diterima oleh pihak Lembaga tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan berikutnya.
MENGANGKUT MINYAK SAWIT (TL)

MENGANGKUT MINYAK SAWIT (TL)

 

1. KETERANGAN BENTUK PERNIAGAAN

a. Mengalih minyak kelapa sawit menggunakan lori tangki atau tongkang (barge).
b. Mengalih minyak sendiri atau mengambil upah/sewa untuk minyak pihak orang lain.

 

2. AKTIVITI DIPERLUKAN

Mengalih CPO, PPO, CPKO, PPKO, SPO

 

3. KRITERIA PERMOHONAN LESEN

a. Entiti Perniagaan Yang Sah
b. Modal: RM 20,000.00
Bukti modal:
i. Borang 24 bagi Syarikat Sdn. Bhd./Bhd.
ii. Penyata Bank (terkini) bagi perniagaan Perseorangan/ Enterprise/ Perkongsian/ Agensi Kerajaan
iii. Koperasi – Pemilikan syer
c. Pemilikan Premis
Pemilikan sah ke atas tanah / premis.
Bukti Melalui:
Surat hakmilik tanah, pajakan, sewaan, perjanjian jual beli, kebenaran menduduki daripada pemilik atau
dokumen-dokumen lain berkaitan.
d. Kelulusan Agensi Lain
i. Memiliki Lesen LPKP (SPAD).
Bukti melalui:
Salinan geran kenderaan
ii. Memiliki Alat GPS yang ditentukan oleh Lembaga.

 

4. FI LESEN - SETAHUN

Mengalih CPO, PPO, CPKO, PPKO, SPO - RM500

 

5. TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMEGANG LESEN

a. Mematuhi Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta 582 iaitu:
• Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
d. Menjalankan aktiviti di premis yang dilesenkan sahaja.
e. Mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat.
g. Menyempurnakan Borang MPOB L3 secara online di http://sps.mpob.gov.my

 

6. SYARAT AM BAGI SEMUA PEMEGANG LESEN

Peraturan 10, 20 dan 21, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005, Jadual Keenam,
Syarat-Syarat Am bagi semua pemegang lesen:
1. Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua peruntukan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta
582], perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, pekeliling-pekeliling yang dibuat di bawah Akta atau
Perundangan subsidiari itu, arahan dan selainnya perintah Lembaga.
2. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
menyenggarakan dan mengemaskinikan setiap hari butir-butir rekod harian yang lengkap, benar dan tepat.
3. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya
mengemukakan penyata bulanan yang mengandungi maklumat yang sepanjang pengetahuan mereka
adalah lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga pada tiap-tiap bulan dan hendaklah diterima
oleh pihak Lembaga tidak lewat dari tujuh haribulan pada bulan yang berikutnya.
4. Pemegang lesen hendaklah, berhubungan dengan kategori yang dinyatakan dalam lesennya,
mengemukakan maklumat berkala yang mengandungi maklumat sepanjang pengetahuan mereka adalah
lengkap, benar dan tepat kepada pihak Lembaga dan hendaklah diterima oleh pihak Lembaga sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah, dari semasa ke semasa, mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta
oleh Lembaga dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.
6. Pemegang lesen boleh secara elektronik memfailkan atau mengemukakan maklumat dan dokumen kepada
Lembaga.
7. Pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dari
semasa ke semasa.

 

7. SYARAT-SYARAT KHUSUS BAGI PEMEGANG LESEN

Aktiviti berlesen :
MENGALIH MINYAK SAWIT
Syarat-syarat:
1. Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk mengalih minyak sawit untuk sesiapa kecuali bagi orang yang
mempunyai lesen untuk menjual atau membeli minyak sawit.
2. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa pengalihan selamat minyak sawit bagi melindungi orang
atau harta daripada bahaya berkaitan dengan pengalihan itu.
3. Pemegang lesen hendaklah mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan bahawa mana-mana
orang yang diambil bekerja olehnya, pengkhidmat atau ejen berkaitan dengan pengalihan minyak swit dalam
kenderaan itu mematuhi kehendak mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal selia aktiviti
pengalihan itu.
4. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa setiap kenderaan yang digunakan untuk mengalih minyak
sawit mempunyai kelengkapan dan sistem penentu kedudukan global yang mematuhi standard dan
kehendak lain yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa kelengkapan dan sistem penentu kedudukan global yang
digunakan sentiasa berada dalam keadaan berfungsi dan diselenggara dengan baik.
6. Pemegang lesen hendaklah memasang apa-apa kelengkapan, alat atau peranti sebagaimana yang
diarahkan atau ditetapkan oleh Lembaga bagi menggantikan atau sebagai tambahan kepada kelengkapan
dan sistem penentu kedudukan global sedia ada.
7. Pemegang lesen adalah dikehendaki untuk mendaftar dengan Lembaga mana-mana pemandu kenderaan
yang diambil bekerja dengannya bagi tujuan pengalihan minyak sawit.
8. Pemegang lesen hendaklah mendaftar dengan Lembaga tiap-tiap kenderaan yang digunakan untuk
mengalih minyak sawit.
9. Pemegang lesen hendaklah bertanggungjawab ke atas apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-
mana orang yang diambil bekerja olehnya, pengkhidmat, ejen atau pekongsinya yang boleh menjadi suatu
kesalahan di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582] termasuklah apa-apa
perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu.
10. Pemegang lesen hendaklah melaporkan kepada Lembaga setiap keraguan mengenai keselamatan minyak
sawit yang dialihkan olehnya melalui telefon, teleks, faksimile atau apa-apa cara elektronik yang lain dalam
tempoh tiga puluh minit daripada masa keraguan itu dikesan.