FAQs

 Pelesenan / Licencing

1. Bagaimana hendak memohon lesen MPOB? / How can I apply for an MPOB license?

Semua permohonan hendaklah memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan. Permohonan lesen  hendaklah dibuat secara atas talian di alamat URL berikut:

http://e-lesen.mpob.gov.my (untuk kategori utama) atau http://e-lesenpk.mpob.gov.my (untuk kategori Kebun Kecil)

Sila gunakan pelayar utama yang serasi seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox versi terkini.

Bagi permohonan lesen Kategori Utama

Sila rujuk 'Kriteria dan Panduan Permohonan Lesen MPOB’ yang terdapat di laman http://e-lesen.mpob.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kriteria permohonan lesen.

Bagi permohonan lesen Kebun Kecil

Sila muatnaik salinan kad pengenalan dan salinan geran tanah ke dalam borang permohoan lesen atas talian sebelum menghantar permohonan.

 


All applications must fulfill the stipulated criteria in order to be considered. Application for license shall be made online at URL:

http://e-lesen.mpob.gov.my (for main category of license), or http://e-lesenpk.mpob.gov.my (for smallholding).

Please use the compatible browser such as Google Chrome of Mozilla Firefox with latest version.

For main category of license

Please refer the ‘Criteria and Guidelines on MPOB License Application’ at http://e-lesen.mpob.gov.my for further information relating the application criteria.

For smallholding

Before submittting online application form, please upload the photocopy of identitty card and land title, and send them together.

 

2. Apakah peluang-peluang perniagaan yang boleh saya ceburi dalam industri sawit ini? / What are the bussiness opportunities in the oil palm industry that I can venture?

Terdapat 4 sektor utama iaitu perladangan, perniagaan, perkhidmatan dan pengilangan. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian syarikat anda.

Sila rujuk Panduan dan Kriteria Permohonan Lesen yang terdapat di laman MyLesen MPOB untuk mendapatkan senarai aktiviti dan keluaran sawit yang terperinci.


There four sectors in the industry namely plantation, trading, services and manufacturing. You can choose that suits with your interest or company’s nature of business.

Please refer the Criteria and Guidelines on MPOB License Application’ on MyLesen MPOB website (http://e-lesen.mpob.gov.my) to get the detail on the category of license, its activity  as well as the oil palm products involved.

3. Berapakah tempoh masa untuk mendapatkan lesen MPOB? / How long will it take to process a license?

Sekiranya permohonan yang diterima lengkap, proses permohonan lesen baru untuk semua kategori mengambil masa 30 hari bekerja kecuali kategori kilang buah kelapa sawit/ tambahdaya 90 hari bekerja dan estet/ pekebun kecil 5 hari bekerja.


A complete application will take not more than 30 working days for all categories of license except for Commencement of Construction of Oil Palm Mill not more than 90 working days, and estate and smallholding not more than 5 working days.

4. Berapakah jumlah bayaran atau fi lesen yang dikenakan? / How much is the license fee?

Fi setiap aktiviti dan setiap klasifikasi keluaran kelapa sawit ialah RM100; kecuali

i. Fi pekebun kecil adalah percuma.

ii. Fi mengilang buah kelapa sawit adalah RM500 setahun.

iii. Fi membina kilang buah kelapa sawit adalah RM500 setahun.


The  license  fee  for  each  activiti  and  class of oil palm product is RM100 per    year, except:

i.   Smallholding – free

ii.  Milling of FFB – RM500 per year

iii. Commencement of construction of oil palm mill – RM500 per year.

5. Bagaimana sekiranya permohonan lesen ditolak? / How about if an application of license was rejected, what can I do?

Pemohon boleh mengemukakan rayuan melalui sistem MyLesen MPOB dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tolak.


Applicant may appeal to MPOB within 30 days from the date of reject notification with a fee of RM500 for all categories of license except for category of Oil Palm Mill (MF) and Import (PM) RM1,000.

Sistem Pemantauan Sawit (SPS)

1. Apakah kategori pelesen MPOB yang perlu membuat pendaftaran SPS? / What is the category of MPOB license that need to register for SPS?

Pelesen yang mempunyai aktiviti bagi menyimpan atau mengalih(TL) minyak sawit jenis CPO,CPKO,PPO,PPKO & SPO perlu membuat pendaftaran SPS.


The MPOB license with following licensed activities need to register SPS:-

  1. Storing of CPO, CPKO, PPO, PPKO and SPO
  2. Transporting of CPO,CPKO, PPO , PPKO and SPO
2. Bagaimanakah cara mendaftar SPS? / How to register SPS?

Sila ke laman web sps.mpob.gov.my dan klik pada “First time login”. Setelah itu anda perlu memasukkan no lesen yang diberi serta katalaluan bagi e-license. Sila rujuk “Manual” di laman web SPS bagi pendaftaran akaun bersama, pemandu, trak dan trailer. Juga terdapat cara-cara bagi membuat dan mengisi borang E-MPOBL3.


i.   Open SPS homepage via sps.mpob.gov.my

ii.   Click “First Time Login”

iii.  Key in MPOB license number and e-license password.

To register for joint account, driver, truck and trailer, please refer to the “Manual”.

3. Saya lupa bagi katalaluan MyLesen MPOB. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan katalaluan MyLesen MPOB? / What should I do if I forget MyLesen MPOB Password?

Jika anda lupa katalaluan MyLesen MPOB, sila hubungi pihak perlesenan bagi mendapatkan katalaluan tersebut.


Please contact MPOB Licensing Unit at 03-78022800

4. Saya telah berjaya daftar SPS, namun terlupa bagi katalaluan, Dimanakah boleh saya dapatkannya semula? / I have successfully registered SPS, but forgot the password. How can I retrieve my password?

Untuk mendapatkan semula katalaluan sementara, sila klik pada “forgot password”. Katalaluan sementara akan dihantar kepada emel yang berdaftar dalam akaun SPS. Sila pastikan email yang berdaftar adalah aktif. Jika anda lupa email yang berdaftar, sila hubungi pihak SPS.


Click on “forgot Password” 

You will be required to key in your User ID. An email will be sent to you with a temporary password. Please use the temporary password to login and change to a new password.

5. Pihak kami ingin menukar akaun “SuperUser”, Bagaimana cara bagi membuat pertukaran berikut? / How to change Superuser Account?

Bagi menukar akaun “SuperUser” , sila hubungi atau email kepada pihak SPS terlebih dahulu, pihak kami akan “inactive” akaun Superuser. Superuser yang baru perlu daftar semula dengan cara klik pada “first time login”.


Email request to spsadmin@mpob.gov.my

6. Bagaimana cara bagi kami membuat pembetulan maklumat dari pihak Consignor? / How to do amendment for consignor’s consignment information?

Pihak Consignor hanya boleh membuat pembetulan maklumat bagi bahagian Consignee sahaja. Untuk maklumat lain seperti berat, jenis produk, penjual dan pembeli, sila hubungi pihak SPS atau emelkan jenis kesalahan ,no MPOBL3 beserta tiket timbang kepada spsadmin@mpob.gov.my


i.     Consignor can change for consignee information only.

ii.    Other information, please send request to spsadmin@mpob.gov.my

7. Adakah pembetulan bagi maklumat consignor boleh dibuat jika pihak consignee telah membuat pengesahan penerimaan borang E-MPOBL3? / Can an amendment be made on consignor details of the E-MPOB L3 endorsed by consignee?

Tidak boleh. Pihak tuan perlu mengingati syarikat konsaini untuk menyemak semula maklumat E-MPOBL3 sebelum membuat pengesahan.


No. Please ensure all the information are accurate and true before endorsement.

8. Saya telah membuat kesalahan bagi jumlah berat dan no tiket pada borang E-MPOBL3 selepas membuat penerimaan minyak, Adakah saya dari pihak consignee masih boleh membuat pembetulan? / I have wrongly filled the total weight and ticket number in E-MPOBL3 form after endorsement. Can I make correction?

Ya. Pihak tuan perlu menghubungi bilik kawalan SPS atau emelkan butiran kesalahan, no MPOBL3 beserta tiket timbang kepada spsadmin@mpob.gov.my


Yes, only for consignee. Please email the request to spsadmin@mpob.gov.my

9. Bagaimana cara membuat pendaftaran pemandu, trak dan trailer? / How to register for driver, truck and trailer?

Sila rujuk pada “manual” di laman web sps.mpob.gov.my untuk pendaftaran pemandu, trak dan trailer.


  1. Login SPS,
  2. Select Transporter menu,
  3. Click E-transport,
  4. Click Driver/Truck/Trailer maintenance, then
  5. Click Add New Driver/Truck/Trailer for registration

   *For more information, please refer to “Manual” at SPS website.

10. Saya ingin membuat pendaftaran pemandu, trak dan trailer, namun tidak berjaya kerana maklumat telah didaftarkan oleh syarikat lain. Bagaimana cara untuk membuat permindahan tersebut? / I want to register for driver, truck and trailer, but was unsuccessful due to the details have already registered by other company. How to solve this problem?

Untuk pindahan maklumat, anda perlu pastikan status pemandu, trak dan trailer adalah “inactive” daripada syarikat lama. Jika masih belum, sila hubungi syarikat lama untuk menukarkan status daripada “active” kepada “inactive”. Setelah itu, anda dikehendaki menghantar maklumat melalui emel kepada pihak SPS untuk pindahan. Pastikan maklumat seperti no I/C pemandu, no trak, no trailer serta no lesen MPOB syarikat anda diberikan melalui emel untuk pindahan segera.


Please email to spsadmin@mpob.gov.my for driver/truck/trailer transfer application.

11. Selepas pindahan maklumat telah berjaya, apakah tindakan lanjut yang perlu saya buat? / After the transfer of information has successful, what is further action I need to make?

Sila semak semula di bahagian driver maintenance, truck maintenance dan trailer maintenance, pastikan status ditukar kembali kepada active. Untuk bahagian trak, jika terdapat perubahan pada GPS Provider, sila pastikan anda memilih GPS yang betul dan hubungi pihak GPS untuk kemaskini Unit ID.


Please activate status for driver/truck/trailer at SPS website

12. Keterangan lanjut / More information

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak Bilik Kawalan SPS ditalian 03-78022800, 03-78022840, 03-78022986, 03-78030286 atau emel di spsadmin@mpob.gov.my


For further inquiry kindly contact: 

  SPS Control Room

Tel.    : 03-7802 2800 / 2840 / 2986 /  0286

Email : spsadmin@mpob.gov.my.

SES / CESS

1. Apakah yang dimaksudkan dengan SES? / What is CESS?

SES adalah wang yang dipungut atau dibayar kepada MPOB mengikut peruntukan Seksyen 35, Akta 582 terhadap setiap tan pengeluaran minyak sawit mentah atau minyak isirong sawit mentah.


CESS is money collected or paid to MPOB in accordance with Section 35, Act 582 on each metric tonne or part of metric tonne of Crude Palm Oil or Crude Palm Kernel Oil produced.

2. Siapa yang perlu bayar? / Who need to pay CESS?

Seseorang yang mengeluarkan minyak sawit mentah atau minyak isirong sawit mentah.


A person who produce Crude Palm Oil or Crude Palm Kernel Oil.

3. Berapa kadar SES yang perlu dibayar? / How much the rate of CESS needs to pay?

1)      SES bulanan, setiap bulan RM2.00/tan metrik atau sebahagian daripada suatu tan metrik. [P.U.(A)115] [P.U.(A) 90/2009]

2)      SES suku tahun, berjumlah RM11.00/tan metrik atau sebahagian daripada suatu tan metrik. [P.U.(A) 154 (Pindaan 2002)


1)    For Monthly CESS, two ringgit (RM2.00) in respect of every metric tonne or part of a metric tonne of Crude Palm Oil or Crude Palm Kernel Oil produced. [P.U.(A)90/2009].

2)    For Quarterly CESS, eleven ringgit (RM11.00) in respect of every metric tonne or part of a metric tonne of Crude Palm Oil or Crude Palm Kernel Oil. [P.U.(A) 154 (Pindaan 2002).

4. Bila perlu bayar? / When I need to pay my Cess to MPOB?


5. Berapa jumlah SES yang kena bayar?


6. Adakah menjadi kesalahan jika gagal/lewat membayar SES yang dikenakan? / What happen if I failed to pay CESS to MPOB?

Penalti

Seksyen 35(4), Akta 582 menyatakan ‘seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya’.


According to the Section 35 (4), MPOB’s  Act (Act 582), it shall be an offence if    a person fails or refuses to pay any CESS imposed on him, and shall be liable to a fine not exceeding ten times the amount of money payable or imprisonment not exceeding three years or both.

7. Bagaimana cara untuk membuat bayaran SES yang dikenakan? / How to make payment for CESS?

CARA BAYARAN

Mulai Januari 2015, setiap kilang diberikan 2 nombor virtual akaun bagi tujuan pembayaran Ses Bulanan dan Ses Suku Tahun. Nombor virtual akaun yang diberikan adalah unik dan berbeza bagi setiap kilang.

Contoh nombor virtual akaun yang diberikan adalah seperti berikut :-

Ses Bulanan            : 98-997-111-000-xxx

Ses Suku Tahun       : 98-997-333-000-xxx

Kilang pembayar Ses WAJIB menggunakan nombor virtual akaun tersebut bagi pembayaran Ses melalui kaedah seperti berikut :-

EFT / Online Banking ke CIMB Bank Berhad

Bayaran mesti dilakukan diatas nama “Malaysian Palm Oil Board / Lembaga Minyak Sawit Malaysia” dan pindahan wang dilakukan kepada nombor virtual akaun masing-masing, dengan mengasingkan bayaran Ses Bulanan dan Ses Suku Tahun.

Deposit Cek di Kaunter atau Cheque Deposit Machine (CIMB Bank sahaja)

Cek mesti dikeluarkan diatas nama “Malaysian Palm Oil Board / Lembaga Minyak Sawit Malaysia” dan di depositkan ke nombor virtual akaun masing-masing, dengan mengasingkan bayaran Ses Bulanan dan Ses Suku Tahun.


PAYMENT METHOD

Starting January 2015, all CESS payer is provided 2 virtual account numbers for monthly and quarterly CESS payment. Virtual account number is unique and be different for every CESS payer.

Examples for virtual account number provided are as follows:-

  1. Monthly CESS   : 98-997-111-000-XXX
  2. Quarterly CESS : 98-997-333-000-XXX

Payment can be made via the following methods:-

  1. EFT / Online Banking to CIMB Bank Berhad, or
  2. Payment at Counter or Cheque Deposit Machine (CIMB Bank only)

Payment by cheque should be made to "Malaysian Palm Oil Board". Payments should be split into monthly and quarterly basis.

8. Bagaimana untuk mendapat maklumat lanjut mengenai bayaran SES yang dikenakan? / How to get more details regarding CESS?

Sila hubungi:

Seksyen Hasil
Pn Nurul Fara Ain Rusdi / Cik Nurfatiha Hoslan
Tel.: 03-8769 4697 / 03-8920 1931

Laman Web : http://mpob.gov.my
Tel: 03-89201931/03-89201627   Faks : 03-8920 2008


For further information kindly contact:

Revenue Section

Pn. Nurul Fara Ain Rusdi / Cik Nurfatiha Hoslan
Tel.: 03-8769 4697 / 03-8920 1931

Website : http://mpob.gov.my

Tel: 03-89201931/03-89201627   Faxs : 03-8920 2008

Pemantauan Kualiti / Quality Contol

1. Bagaimanakah saya boleh membuat pengisytiharan keluaran kelapa sawit bagi Eksport (MPOB Q1), Konsainan melalui laut dalam Malaysia (MPOB Q2) dan Import (MPOB Q3)? / How to make the quality declaration on palm oil products for Export (MPOB Q1), Consignment by sea within Malaysia (MPOB Q2) and Import (MPOB Q3)?

Pengisytiharan keluaran kelapa sawit bagi Eksport (MPOB Q1), Konsainan melalui laut dalam Malaysia (MPOB Q2) dan Import (MPOB Q3) boleh dilakukan di pautan http://sunfire.mpob.com.my/


Quality declaration on palm oil products for Export (MPOB Q1), Consignment by sea within Malaysia (MPOB Q2) and Import (MPOB Q3) can be made online via http://sunfire.mpob.com.my/

2. Bagaimanakah saya boleh memperolehi ID dan Password bagi membuat pengisytiharan keluaran kelapa sawit bagi Eksport (MPOB Q1), Konsainan melalui laut dalam Malaysia (MPOB Q2) dan Import (MPOB Q3)? / How to obtain a user ID and Password to make the quality declaration on palm oil products for Export (MPOB Q1), Consignment by the sea in Malaysia (MPOB Q2) and Import (MPOB Q3)?

Sila email no. lesen dan nama syarikat kepada eqc@mpob.gov.my. ID dan Password syarikat akan diberikan melalui email.


Please email license no. and company name to eqc@mpob.gov.my. ID and Password will be send via email.

3. Bagaimanakah saya boleh memperolehi kad jurukur keluaran kelapa sawit berdaftar MPOB? / How to obtain the registered MPOB surveyor’s card?

Sila isi Borang PL 7S-B1 yang boleh didapati di laman web MPOB dan hantar borang yang lengkap di isi bersama sekeping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil lulus peperiksaan jurukur keluaran kelapa sawit kepada Unit Kawalan Mutu.


Please print and fill up the PL 7S-B1 form (can be downloaded from MPOB website) and send the completed form together with a photo, a copy of identity card and certificate of passed the MPOB palm oil products surveying examination to the Quality Control Unit.

4. Apa perlu saya lakukan jika saya adalah jurukur berdaftar MPOB yang ingin bertukar kepada syarikat jurukur lain? / What to do if a registered surveyor wants to work with the other surveying company?

Sila isi Borang PL 7S-B1 yang boleh didapati di laman web MPOB dan hantar borang yang lengkap di isi bersama sekeping gambar, salinan kad pengenalan dan salinan sijil lulus peperiksaan jurukur keluaran kelapa sawit MPOB bersama kad jurukur yang lama kepada Unit Kawalan Mutu.


Please print and fill up the PL 7S-B1 form (can be downloaded from MPOB website) and send the completed form together with a photo, a copy of identity card, certificate of passed the MPOB oil palm products examinations and return the previous surveyor’s card to Quality Control Unit.

5. Bilakah saya boleh mengikuti Kursus dan Peperiksaan Kemahiran Menggred Buah Kelapa Sawit. / When can I enroll for the course and examination on fresh fruit bunch (FFB) grading skill organised by MPOB.

Sila layari laman sesawang www.mpob.gov.my dan klik butang ‘Persidangan & Kursus’ untuk merujuk jadual kursus dan tarikh terdekat.


Please visit MPOB website at www.mpob.gov.my and click for ‘Conferences & Courses’ to refer the course schedule and the the nearest date.